The full text of the letter is quite extensive ,although skimming through the message, some interesting paragraphs that the SB Deputy director inserted is thought provoking...
WHat choice do I have ,He says ,and then continuing in the message Hamid Bador makes inferences as to threats to his life and safety.And from A SB deputy director who specialty is information and intel gathering.Such cannot be brushed off lightly .
Reading the entirety of the message, it seems clear he is suggesting he knows a lot that he isn;t revealing ,bound by his code of conduct.. that he subtly inserts in between the paragraphs . That he can incriminate and even bring down high profile people,if he chooses..with what knowledge he has in his possession.
A pre-emptive letter warning those who plot against him?
In between the whole message are these little suggestions as to what can be done by the civil service to voice their displeasure on the current state of affairs in Goverment..And the suggestions verge on a mutinous tone..
English translations are not word for word but the gist of what the paragraphs are conveying..
Some of the suggestions may be about things /info/ events that he knows for sure.
Intelligence gathering is the specialty of the SB. And he is a former Deputy Director..What he says,it is interesting to try to guess 2 levels deeper...
Personally I find the open letter to the goverment by ex deputy director of Special Branch Hamid Bador ,to be a bit revealing on what the public may not have full details on,which he subtly inserts here and there into his message..
I read this open letter to the Malaysia goverment with intrigue,Written by a deputy director of special branch(ex) which is like a Malaysian version of the FBI..
Meaning he would have access to and privy to much top secret confidential intelligence and highly compromising knowledge of certain VVIPs - ,which of course he cannot reveal,bound by a code of conduct,but doesn't mean he cannot hint as to what he knows..And the potential damage he can unleash,on those with a vendetta on him, if he is forced to a corner..!
------------------------------------------------------------------------
|
Ex-Deputy Director of Special Branch Hamid Bador |
"What choice do I have???".
Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya.
Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar "hired killer atau killers" dari Selatan Thai telah diupah oleh "perompak-perompak" wang rakyat ini untuk membunuh saya.
Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur.
Lagi cepat saya mati....lagi cepat mereka masuk jel dan digantung leher sampai mati.
Jika saya gugur sekalipun saya yakin perjuangan saya ini tidak akan terhenti di situ saja.
(Many of my associates have voiced concerns over my safety..Some have even suggested of the possibility that assassins from Southern Thailand may be hired by the robbers of the people's money to assassinate me.
But by God i will not back down.The sooner i die,the sooner it will be for them to go to prison and hung by the neck till they die.
Even if i fall,i am convinced my quest for justice will not end just like that,)
Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang ada sekarang.
Saya digambarkan sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas.
Kononnya saya tidak mengenang budi apabila permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis Negara.
Bila pulak saya memohon untuk pencen awal???
( I have found out that there are attempts to discredit me and eroding my credibility by the current top leaders in SB. Portraying me as a dissappointed and selfish person because i was not appointed as Director of SB. Apparently i am an ingrate when my application for early retirement was rejected by the IGP.
But when did I ever apply for early retirement? )
Kepada Dato Sri Fuzi Harun (Director SB)saya menyeru supaya jangan membodek berlebih sangat.
Kalau nak mengampu bos tu ampulah puas-puas.
Insya allah bila tiba masanya nanti bolehlah Dato Sri sama-sama mengiringi beliau masuk jel......
I Know What You Did Last Summer!!!
( To SB director---Don't overdo the sucking up. Either that or may as well go all the way and then you can accompany him into prison.."I know what you did last Summer"......")
Semenjak pertemuan saya dengan pihak media pada 23 Ogos yang lalu saya telah menerima pelbagai nasihat, teguran, kritikan, dan juga ancaman dari individu-individu tertentu.
Ada yang bersifat konstruktif dan tidak kurang juga yang bernada ugutan dan gertakan untuk menangkap saya.
(Since meeting media last 23rd Aug ,i have received advice , criticism but also threats from certain individuals..Of which carries the tone of intimidation and insinuation of my arrest.)
Jangan pula cuba untuk nak membabitkan sejarah perkahwinan saya dalam isu ini sebagaimana yang dilakukan Dato Rizal Mansor, pegawai khas 1st Lady tu, tempohari.
Bukan saja skandal Dato' Rizal itu boleh saya dedahkan malahan "cerita-cerita menarik" tentang bosnya Datin Sri Rosmah sendiri boleh saya riwayatkan di khalayak ramai.
Afterall birds of the same feathers flock together.
Oleh demikian janganlah sesiapa mahu cuba memutarbelitkan hal peribadi saya dalam JIHAD MENEGAK KEADILAN ini.
Stick to the issue!!!
(Do not drag my personal life into this like what was attempted by Rizal Mansor...(personal aide to Datin Seri Rosmah Mansor )
.I can just as easily expose some interesting scandalous stories about him (Rizal Mansor) to the public and also of his boss Datin Rosmah if i wish... Do not try to spin stories on my personal affairs to interfere with my crusade for justice )
Pada hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat beberapa saranan atau gesaan penting kepada beberapa pegawai tertinggi kerajaan yang selama ini, secara sedar ataupun tidak, atau samada dengan penuh kerelaan atau secara keterpaksaan, telah terpalit dengan kontroversi isu 1MDB.
(Reminders to some high profile individuals.)
PEGUAM NEGARA, TAN SRI APANDI ALI.(AG)
Rakyat di seluruh negara amat terkejut apabila Y.A Tan Sri tiba-tiba muncul di saat memuncaknya kontroversi 1MDB.
Memanglah tidak terlintas langsung di benak mereka bahawa penggantian jawatan Tan Sri Gani Patail itu dilakukan se pantas kilat membelah bumi.
Memanglah kami tahu bahawa penentuan siapa yang paling layak memegang jawatan paling berkuasa itu adalah hak mutlak DYMM SPB Agong atas syor Perdana Menteri.
Tetapi di dalam kes Tan Sri prosesnya berjalan luarbiasa sekali.
(It is indeed very surprising as to the events leading up to your sudden appointment as the AG.replacing Tan Sri Ghani that was as quick and sudden like a flash of lightning.just at the peak of the 1MDB fiasco.)
Tetapi orangramai bertanggapan bahawa Tan Sri sendiri telah banyak menyumbang idea tentang halatuju tindakan kerajaan di saat-saat genting keputusan "memecat" Tan Sri Gani Patail itu dibuat.
Dalam ertikata lain....Tan Sri telah bersubahat dengan Perdana Menteri.
(Yet public perception has it that you had some contribution to ideas on what direction the Goverment ought to go in the tense moments leading to the decision of the termination of TS Ghani..Or that you had conspired with the PM)
Segerakanlah membuat keputusan khususnya berkaitan hasil siasatan Bank Negara itu yang kini failnya sudahpun berada di tangan Tan Sri.
Jabatan Peguam Negara sedia mempunyai ramai pakar undang-undang lulusan dalam dan luar negara???
Sudah pasti tenaga otak bijak mereka boleh digembeling bagi membantu Tan Sri membuat keputusan dengan cepat dan tepat.
Hasten the decision in regard to investigations results of Bank Negara of which file is already in the AG's chambers.Many qualified legal experts of the law ,domestic and international are ready and available for consultation to the AG .And which their expertise can be fully taken advantage of to arrive at a quick and clear decision)
To IGP TS Khalid
Yakinlahlah Tan Sri bahawa 120 ribu warga PDRM ini akan tetap setia berdiri teguh mematuhi segala arahan Tan Sri yang berlandaskan undang-undang.
Ingatkah Tan Sri kepada lirik lagu keramat kita "POLIS SEDIA BERKHIDMAT"?
Perkhidmatan kita adalah untuk rakyat dan negara dan bukannya untuk melindungi petualang negara!!!
Saya amat yakin ramai warga PDRM sendiri yang berasa kecewa dengan halatuju tindakan siasatan oleh pihak kita.
( Be assured that 120,000 police personnel stand loyal and ready to following your commands based on the country's constitutional law. Our service is to the people and country but not to shelter lawbreakers of the country...
I am convinced PDRM personnel are disappointed with the direction of the investigations of wrong doing by the VVIPs .)
MANTAN PEGUAM NEGARA, TAN SRI GANI PATAIL. (.Ex- AG)
Sebelum tragedi pemecatan jawatan tersebut berlaku saya amat konfiden dengan ketegasan Tan Sri dalam mengepalai usaha Special Taskforce 1MDB tersebut.
Bimbang betul Perdana Menteri dengan pendirian "no nonsense" Tan Sri itu.
Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa.
Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri?
Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan.
Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salahlaku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum......
(Before the abrupt removal of your position, i was highly confident with your stern approach in heading the 1 MDB task force.The PM was worried by your no-nonsense handling. But after your termination, you seemed to have clammed up.What has happened to you Tan Sri Ghani.?)
Allegations have surfaced that you have been intimidated and you are not fighting back, some say it is some personal scndalous issue or misbehaviour that they can use against you to incriminate you in public)
"Cummon Tan Sri !!!
What is a small personal scandal, even if there is such, when compared to the horrific impact the 1MDB fiasco has unto the nation!!! People will easily forgive you.
Come out and make a stand.
Saya masih ingat dengan jelas kata-kata bersemangat Tan Sri pada malam pertemuan terakhir kita sebelum Tan Sri "dipecat"......
(
I remember clearly the spirited statement you made on the last night we met before you were ungraciously removed...you said...
" Hey look...this difficult decision that I have made is not about toppling the government.
I am not interested in politics. I am just doing my job".
That earned my respect and in a spontaneous moment i gave you a police salute)
Lantaran mendengar kata-kata Tan Sri itu saya spontan berdiri dan memberi tabik hormat polis
kepada Tan Sri. I can never forget this special moment sir.
.
PEGAWAI-PEGAWAI SPRM
.(Officers of Anti Corruption agency)
Jangan gentar dengan cubaan-cubaan "blackmail" oleh pihak petualang.
Jangan dilewat-lewatkan siasatan.
Ingatlah bahawa SPRM lah tinggalnya satu-satunya badan penguatkuasa yang menjadi harapan rakyat untuk keadilan dilaksanakan dalam kes 1MDB ini setelah pihak-pihak yang lain samada "kecut perut" atau menjadi pengkhianat keadilan.
Don't b intimidated by the blackmail attempts by the sinister parties ,don't delay investigations.Remember that the anti corruption agency is the one law enforcement agency that may be the last bastion of hope for the people seeking justice and redress in the 1MDB issue.When so many other agencies have chickened out and betrayed the confidence of the people)
LAIN-LAIN PENJAWAT AWAM.
(Civil Servants in General)
Kepada lain-lain penjawat awam termasuklah PDRM, ATM, Kastam Di Raja Malaysia dan pegawai/staf kedutaan/suruhanjaya tinggi Malaysia di luarnegeri, khususnya mereka yang mempunyai maklumat tentang salahlaku "perompak-perompak"1MDB ini, saya menyeru agar mereka semua berani berdiri dan tampil ke depan untuk menyumbang maklumat.
Tampillah ke hadapan untuk mendedahkan segala kemungkaran yang berlaku depan mata.
To all Civil servants and including Police , Armed forces ,Customs ,staff of embassies and high commisions of Malaysia abroad.
particularly those who may have information on the robbers wrongdoing of 1MDB. I implore them to have the courage to come forward to give information.
Tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai TUDM yang menjadi crew jet-jet rasmi kerajaan yang tahu tentang bagaimana pembaziran dilakukan oleh VVIP kita.
Begitu juga dengan para pegawai kastam yang menyaksikan bagaimana barangan mewah bernilai jutaan ringgit yang dibeli oleh Datin Sri Rosmah Mansor "diseludup" masuk dan diyakini tidak dikenakan cukai samasekali.
Or to the officers of the Air Force who are the official crew of the goverment who have knowledge on the excesses by our VVIPs. And custom officers who witnessed luxury goods worth millions purchased by Datin Sri Rosmah ,smuggled in the country and for sure no taxes were paid.
ABDUL HAMID BADOR.
1 OKT 2015.
=================================================
Full contents of the message in BM
SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN.
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak
Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan
galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga.
Saya amat terhutang budi.
Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang memberikan
saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran.
Saya juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana
telah sudi memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk
tatapan rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa,
geram serta terhimpit dengan "tingkahlaku tidak bertanggungjawab"
pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini.
Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT
TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau
dibatu-apikan oleh mana2 individu atau organisasi yang berkepentingan.
Saya bertindak atas sifat sebagai seorang pegawai kerajaan
yang TERANIAYA, disebabkan oleh pendirian saya tidak mahu bersekongkol dengan
pihak yang secara terang-terangan telah melakukan kesalahan besar kepada
negara.
Saya faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya
terikat dengan beberapa peraturan yang melarang saya untuk menyuarakan apa2
kritikan terhadap kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari ketua
jabatan.
Saya juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh
dikenakan ke atas diri saya. Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis
Negara telahpun saya jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu.
Tetapi di waktu yang sama saya juga sedar tentang hak dan
tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di bawah PERLEMBAGAAN dan
UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman
termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH.
Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja
Malaysia yang telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran
sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA POLIS.
Oleh demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa
orangramai ini saya memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi
menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang
bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada dan
secara terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas
mereka.
Saya rasa terpanggil untuk tampil ke depan sekali lagi bagi
bersuara kerana pihak yang bersalah dilihat belum insaf.
Apalah pilihan yang ada pada saya untuk membuat aduan
mengikut prosedur jabatan apabila hampir semua ketua-ketua jabatan terbabit
dengan komplot membohongi rakyat sambil "merestui perlakuan jenayah"
pemimpin-pemimpin tertinggi negara!!!
"What choice do
I have???".
Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA
UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN.
Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN.
Siapa yang bersalah maka dialah yang akan menerima padahnya
di sisi undang-undang.
Sesungguhnya undang-undang itu buta dari segi darjat dan
kedudukan......tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am Rendah dengan
seorang Menteri......di antara seorang prebet dengan seorang general......di
antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan di antara seorang
peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap jenayah.
Ramai juga
rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan
diri saya.
Ada di antara mereka
yang menyarankan kemungkinan besar "hired killer atau killers" dari
Selatan Thai telah diupah oleh "perompak-perompak" wang rakyat ini
untuk membunuh saya.
Insya Allah saya
tidak sekali-kali akan berundur.
Saya akur dengan
KEAGUNGAN ALLAH SWT. Lagi cepat saya mati....lagi cepat mereka masuk jel dan
digantung leher sampai mati.
Jika saya gugur
sekalipun saya yakin perjuangan saya ini tidak akan terhenti di situ saja.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya
bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan.
Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan keadilan. Saya
lakukan semua ini semata-mata untuk menghambakan diri saya kepada rakyat bagi
menyedarkan kerajaan bahawa keadaan negara semakin meruncing dan rakyat sudah
loya melihat segala sandiwara yang dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin haprak
ini.
Jauh sekali niat di hati kecil saya ini untuk cuba menjadi
jagoh atau mencari populariti.
Saya bukannya manusia
yang egoistik.....bukan seorang berdarah panglima.....seorang yang sudah besar
kepala......atau JOBO, mengikut slang orang REMBAU.
Saya hanya ingin berbakti pada pertiwi tercinta. Apabila
sudah pencen nanti saya tidak akan menyesal kerana saya telah berusaha gigih
menjalankan amanat Allah SWT.
Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk
menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan
Cawangan Khas yang ada sekarang.
Saya digambarkan
sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak dilantik menjadi Pengarah
Cawangan Khas.
Kononnya saya tidak mengenang budi apabila
permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis Negara.
Bila pulak saya memohon untuk pencen awal???
Saya menyeru kepada
Dato Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah
orangtua kita dulu......jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan
membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan.
Seluruh peringkat organisasi Cawangan Khas didendangkan
dengan cerita-cerita bohong yang kononnya saya ini "meroyan" dan
seperti seorang yang "gila talak" selepas "ditendang
keluar" dari Cawangan Khas.
Oh...oh...oh...jauh sekali melesetnya pemikiran mereka.
Sebenarnya saya bukan seperti mereka yang hanya suka dan
pandai "menjilat" tulang-tulang yang dilemparkan oleh pemimpin
politik haprak ini. Saya BELUM PERNAH MENCIUM TANGAN pemimpin-pemimpin haprak
serta tangan isteri mereka.
Sebelum ini saya telah berkali-kali menzahirkan pendirian
saya kepada anakbuah saya di dalam Cawangan Khas bahawa saya tidak rela
meneruskan perkhidmatan dalam Cawangan Khas jika saya terpaksa bersekongkol
dengan mereka untuk membohongi rakyat dengan kerja-kerja kotor demi
menyelamatkan Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya itu dalam kes
"rompakan" wang 1MDB ini.
Saya juga tidak mahu diperalatkan oleh seorang Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang lagaknya seperti seorang
gengster.
Jika beginilah kotornya imejnya dua pemimpin tertinggi
negara maka sebagai seorang pegawai polis yang masih bermaruah saya tidak
sekali-kali ingin meneruskan khidmat saya dalam Cawangan Khas. Tetapi ini tidak
bermakna saya tidak lagi mahu berkhidmat dengan PDRM.
Sebaliknya saya merayu kepada KPN supaya saya dikekalkan di
Bukit Aman, paling tidak dalam Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS)
supaya saya boleh terus menyumbang secara positif kepada PDRM dalam hal-hal
disiplin dan pembasmian rasuah.
Itu saja sebabnya yang saya berani berdiri berseorangan diri
memerangi kemungkaran.
Ingat ye....saya
tidak pernah menghasut mana-mana warga Cawangan Khas untuk menyokong segala
usaha saya menegakkan kebenaran.
Mereka sudah matang dan boleh berfikir sendiri. Tepuk dada
tanya selera. Semaklah semua rekod komunikasi saya.
Sepatutnya Dato Sri tunjukkan kepimpinan yang baik dan
bukannya memfitnah orang-orang yang terdahulu.
Saya berjuang bersendirian tanpa ada bodyguard. Insya allah
saya tidak memerlukan tenaga Unit Tindakan Khas dan outrider polis untuk
menjaga keselamatan saya.
I AM NOT A COWARD!!!
Kepada Dato Sri Fuzi
Harun saya menyeru supaya jangan membodek berlebih sangat. Kalau nak mengampu
bos tu ampulah puas-puas.
Insya allah bila tiba masanya nanti bolehlah
Dato Sri sama-sama mengiringi beliau masuk jel......I Know What You Did Last
Summer!!!
Semenjak pertemuan saya dengan pihak media pada 23 Ogos yang
lalu saya telah menerima pelbagai nasihat, teguran, kritikan, dan juga ancaman dari individu-individu
tertentu. Ada yang bersifat konstruktif dan tidak kurang juga yang bernada
ugutan dan gertakan untuk menangkap saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan
kepada mereka yang berniat baik.
Kepada mereka yang berniat serong saya doakan juga agar
Allah SWT memberikan mereka kesedaran dan peluang untuk kembali ke jalan yang
diredhai.
Jangan pula cuba untuk nak membabitkan sejarah perkahwinan
saya dalam isu ini sebagaimana yang dilakukan Dato Rizal Mansor, pegawai khas
1st Lady tu, tempohari.
Ibarat ayam jantan
yang mengepak dan berkokok megah sedangkan buntutnya sendiri bersememeh dengan
tahi.
Bukan saja skandal
Dato' Rizal itu boleh saya dedahkan malahan "cerita-cerita menarik"
tentang bosnya Datin Sri Rosmah sendiri boleh saya riwayatkan di khalayak
ramai.
Afterall birds of the
same feathers flock together. Oleh demikian janganlah sesiapa mahu cuba
memutarbelitkan hal peribadi saya dalam JIHAD MENEGAK KEADILAN ini. Stick to
the issue!!!
Pada hari ini saya ingin
mengambil kesempatan untuk membuat beberapa saranan atau gesaan penting kepada beberapa
pegawai tertinggi kerajaan yang selama ini, secara sedar ataupun tidak, atau
samada dengan penuh kerelaan atau secara keterpaksaan, telah terpalit dengan
kontroversi isu 1MDB.
Kedudukan kes ini sebenarnya
bolehlah dirumuskan sebagai sesuatu yang SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. Itulah
kata-kata terakhir Tan Sri Gani Patail kepada saya sebelum beliau
"dipecat".
Saranan ini terpaksa saya buat
kerana sesungguhnya majoriti rakyat telah berasa amat marah dan meluat terhadap
tindak tanduk pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini yang secara
terang-terangan telah menyalahgunakan kuasa.
Sungguh menjijikkan tindak tanduk
desprados ini untuk terus berkuasa dan mengelakkan diri dari MASUK KE DALAM
JEL.
Mereka sanggup berbuat apa saja
untuk memastikan siasatan ini terhenti. Serentak dengan usaha itu mereka
menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak
masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk MENGGULINGKAN KERAJAAN.
Siapa yang nak gulingkan kerajaan??? Kononnya
orang-orang CINA NAK RAMPAS KUASA!!!
Ish ish ish jahat sungguh taktik
"diversion" yang digunakan oleh para "perompak"ini.
Dari isu Pecah Amanah Jenayah dah
bertukar pula jadi isu perkauman.
Siapalah agaknya penasihat
strategi "perompak" ini ye....pandai-pandai tupai melompat akhirnya
jatuh ke tanah jua.
Sebenarnya apa yang rakyat mahukan ialah penjelasan Perdana
Menteri tentang misteri "kehilangan" wang 1MDB.
Rakyat berhak tahu cerita sebenar-benarnya kerana 1MDB telah
meminjam RM4 billion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).
Ini wang rakyat. Ini bukan wang Yayasan Tan Sri Noah.
As simple as that!!! Mengapa takut untuk tampil memberi
penjelasan???
Mengapa mesti tunggu lagi 6 bulan untuk merungkai misteri
ini???
Mengapa PAC dan Special Taskforce itu dibubarkan???
Mengapa tiba-tiba Peguam Negara "dipecat" dan
pegawai SPRM ditangkap?
Mengapa hasil siasatan Bank Negara itu masih belum
diputuskan oleh Peguam Negara?
Mengapa ketiga-tiga saksi utama kes itu masih berdolak-dalik
dan tidak berani segera tampil memberi keterangan? Hanya orang bersalah saja
yang takut!!!
Rakyat juga ingin tahu betul kah berjuta-juta ringgit wang
KWAP telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan samada benar
sebahagian darinya telah digunakan untuk membayar caj solekan kulit Datin Sri
Rosmah serta lain-lain perbelanjaan mewah beliau??
Saranan dan gesaan ikhlas ini saya tujukan kepada,
KETUA SETIAUSAHA NEGARA.
Kepada Y.bhg Tan Sri Ali Hamsa saya merayu agar Tan Sri
dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam No. 1 dengan penuh
kejujuran dan beramanah sebagaimana yang Tan Sri sendiri unjurkan dalam banyak
amanat-amanat kepada penjawat awam sebelum ini.
Tan Sri seharusnya berani dan ikhlas dalam menggunakan kuasa
dan pengaruh jawatan dalam kes 1MDB ini. Sebagai bapa kepada perkhidmatan awam
Malaysia adalah menjadi kewajipan Tan Sri untuk menunjukkan contoh kepimpinan
yang terbaik kepada ratusan ribu anakbuah. Takutilah kemurkaan Allah SWT.
Jangan sekali-kali
Tan Sri takut kepada tekanan pemimpin-pemimpin politik yang sudah jauh
menyimpang dan menyeleweng.
Tan Sri wajib sedar bahawa penjawat-penjawat awam amat
mengharapkan Tan Sri untuk berlaku adil dan tegas menguatkuasakan peraturan
-peraturan kerajaan dan bukannya bersubahat dengan mereka yang terang-terang
bersalah, untuk menekan, menukar, mengugut, memecat dan menangkap
penjawat-penjawat awam yang jujur melaksanakan tugas. Sepatutnya Tan Sri menjadi
pembela kepada penjawat awam yang teraniaya!!!
Mengapa keadaan boleh jadi sebegini buruk Tan Sri???
Tidakkah Tan Sri nanti berasa malu kepada isteri, anak menantu dan ahli
keluarga yang lain?? Tidak salah jika saya katakan bahawa moral para penjawat
awam kini sudah jatuh merudum. Ikrar jabatan yang dilafazkan setiap bulan oleh
penjawat awam untuk memberi perkhidmatan terbaik serta penuh integriti kepada
rakyat dan negara sudah tidak bermakna lagi. Ingatlah Tan Sri....jangan sampai
kita tergolong dalam kumpulan orang-orang MUNAFIK!!!
PEGUAM NEGARA, TAN SRI APANDI ALI.
Rakyat di seluruh negara amat terkejut apabila Y.A Tan Sri
tiba-tiba muncul di saat memuncaknya kontroversi 1MDB.
Memanglah tidak terlintas langsung di benak mereka bahawa
penggantian jawatan Tan Sri Gani Patail itu dilakukan se pantas kilat membelah
bumi.
Memanglah kami tahu
bahawa penentuan siapa yang paling layak memegang jawatan paling berkuasa itu
adalah hak mutlak DYMM SPB Agong atas syor Perdana Menteri. Tetapi di dalam kes
Tan Sri prosesnya berjalan luarbiasa sekali.
Apakah nawaitu Tan Sri sewaktu mula-mula menerima jawatan
tersebut.......to discharge your duties with the highest standard of
integrity???
Atau adakah Tan Sri
sendiri masih terpinga-pinga dan berat untuk menerima beban jawatan tersebut???
Tetapi orangramai
bertanggapan bahawa Tan Sri sendiri telah banyak menyumbang idea tentang
halatuju tindakan kerajaan di saat-saat genting keputusan "memecat"
Tan Sri Gani Patail itu dibuat.
Dalam ertikata
lain....Tan Sri telah bersubahat dengan Perdana Menteri.
Wahai Tan Sri yang budiman.....ingatlah betapa sakitnya
hukuman di hari Pengadilan nanti. Pada tahap umur sekarang pintu Rahmatullah
kelihatan sudah terenggang sedikit.
Kita sudah tidak
punyai banyak masa lagi. Janganlah dek kerana hendakkan glamor jawatan maruah
diri kita gadaikan.
Saya masih ada sedikit keyakinan bahawa dengan pengalaman
sebagai hakim yang sebegitu luas Tan Sri mampu melaksanakan amanat Allah SWT
supaya berlaku adil.
Segerakanlah membuat
keputusan khususnya berkaitan hasil siasatan Bank Negara itu yang kini failnya
sudahpun berada di tangan Tan Sri.
Jabatan Peguam Negara
sedia mempunyai ramai pakar undang-undang lulusan dalam dan luar negara???
Sudah pasti tenaga otak bijak mereka boleh digembeling bagi membantu Tan Sri
membuat keputusan dengan cepat dan tepat.
Beranikanlah diri Tan Sri untuk disyukuri anakcucu kemudian
hari. Jangan aibkan nama baik kita kepada generasi anakcucu kemudian hari.
KETUA POLIS NEGARA.
Kepada Ydh Tan sri saya ingin mengambil peluang untuk
menasihati Tan Sri agar dapat menghayati setiap patah perkataan yang tertera
dalam Sumpah Jawatan, Ikrar Polis, Rukun Negara dan Perlembagaan Negara.
Kuatkuasakanlah Akta Polis itu dengan sejujur-jujurnya. Kita
pernah sama-sama berikrar untuk mempertahankan pertiwi dari segala bentuk
ancaman.
Jangan sekali-kali kita gentar dengan gertakan
pemimpin-pemimpin politik yang kian terdesak akibat sifat tamak mereka. Jangan
takut dengan ugutan halus "are you with me or are you not?"
Janganlah PDRM bertindak MEMILIH BULU dalam penguatkuasaan
undang-undang.
Yakinlahlah Tan Sri
bahawa 120 ribu warga PDRM ini akan tetap setia berdiri teguh mematuhi segala
arahan Tan Sri yang berlandaskan undang-undang.
Ingatkah Tan Sri kepada lirik lagu keramat kita "POLIS
SEDIA BERKHIDMAT"?
Perkhidmatan kita adalah untuk rakyat dan negara dan
bukannya untuk melindungi petualang negara!!! Sudah lupakah Tan Sri bahawa
telah sekian banyak warga PDRM, majoritinya yang berpangkat rendah, yang
ditangkap dan diadili serta dihukum kerana rasuah yang tidak seberapa besar
nilainya jika dibandingkan dengan misteri "kehilangan" wang 1MDB???
Tanpa mengira kecil ataupun besar nilai wang serta tinggi
rendahnya pangkat mereka yang terlibat dalam satu-satu kes itu.....jenayah
tetap jenayah.
..... ukan oleh pemimpin tertinggi negara. Saya amat yakin
ramai warga PDRM sendiri yang berasa kecewa dengan halatuju tindakan siasatan
oleh pihak kita.
Di sebalik kuasa yang begitu luas PDRM dilihat mengambil
pendirian bersahaja, sambil lewa atau acuh tidak acuh dalam pendekatan siasatan
kes 1MDB.
Malahan Tan Sri sendiri dianggap oleh orangramai telah
BERSUBAHAT DENGAN SENGAJA MELINDUNGI mereka yang terlibat dalam kes ini dan di
waktu yang sama telah menganiaya pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara. Adakah
Tan Sri diugut oleh mereka dengan sesuatu yang menakutkan?
Cukuplah Tan Sri. Kembalilah bernaung di bawah pancaran
semangat Panji Di Raja PDRM yang kita arak setiap 25 March.
Berilah pengisian yang terbaik kepada Ikrar Hari Polis itu.
Gunakanlah segala kuasa yang ada pada jawatan Tan Sri itu di jalan Allah SWT.
Jadilah KHALIFAH ALLAH di bumi tercinta atau setidak-tidaknya contohilah
keberanian dan kebijaksanaan pahlawan Islam yang terbilang, KHALID AL-WALID.
MANTAN PEGUAM NEGARA, TAN SRI GANI PATAIL.
Saya berasa amat sedih dan bersimpati sekali dengan nasib
yang menimpa Y.Bhg Tan Sri. Ibarat pepatah Melayu....sudah jatuh ditimpa
tangga.
Tergamak mereka
menggunakan alasan penyakit yang masih boleh diubati itu untuk
"memecat" Tan Sri. Tan Sri sendiri pernah memberitahu saya dengan
penuh bersemangat tentang perancangan doktor pakar untuk melakukan pemindahan
buah pinggang itu selepas Aidil Fitri yang lalu.
Hina dan menjijikkan sungguh tindakan mereka ke atas Tan
Sri. Sebelum tragedi pemecatan jawatan tersebut berlaku saya amat konfiden
dengan ketegasan Tan Sri dalam mengepalai usaha Special Taskforce 1MDB
tersebut.
Bimbang betul Perdana Menteri dengan pendirian "no
nonsense" Tan Sri itu. Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam
membisu seribu bahasa.
Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak
menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan. Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salahlaku yang boleh digunakan
oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum......
"Cummon Tan Sri !!! What is a small
personal scandal, even if there is such, when compared to the horrific impact
the 1MDB fiasco has unto the nation!!! People will easily forgive you. Come out
and make a stand.
All this while you
are idolised as a tough fighter among the civil servants. Why in a sudden you
become so timid? What have they done to you? Allah SWT will protect you
sir".
Ada juga suara-suara nakal yang menggambarkan bahawa Tan Sri
telah termakan sogokan "perompak" ini dengan
"habuan-habuan"tertentu. Tetapi mengenali diri Tan Sri saya yakin
semua itu akan Tan Sri tolak mentah-mentah begitu sahaja. Saya masih ingat dengan jelas kata-kata bersemangat Tan Sri pada malam
pertemuan terakhir kita sebelum Tan Sri "dipecat"......" Hey
look...this difficult decision that I have made is not about toppling the
government. I am not interested in politics. I am just doing my job".
Lantaran mendengar kata-kata Tan Sri itu saya spontan berdiri dan memberi tabik
hormat polis kepada Tan Sri. I can never forget this special moment sir.
Saya mendoakan agar rawatan kesihatan ke atas Tan Sri berjalan dengan selamat
dan sempurnanya. Aamiin.
PEGAWAI-PEGAWAI SPRM.
Kepada para pegawai SURUHANJAYA KERAMAT ini saya menyeru
supaya Tan Sri/Datuk/Dato/tuan/puan semua agar berani untuk melaksanakan
tanggungjawab dengan jujur.
Ambillah iktibar dari
semangat kerja Mendiang KEVIN MORAIS. Fear no one except Almighty God. Berani
kerana benar.
Jangan gentar dengan cubaan-cubaan "blackmail"
oleh pihak petualang. Jangan dilewat-lewatkan siasatan.
Jika ada saksi-saksi atau suspek-suspek yang bersandiwara
atau menghilangkan diri atau "bermain tarik tali" maka gunakan
INTERPOL untuk memburu penyamun-penyamun tarbus ini.
Saya tidak lagi berada dalam Cawangan Khas untuk menggunakan
kepakaran dan rangkaian kerja kami untuk menjejak mereka. Jika tidak sudah
pasti mereka "tidak cukup tanah untuk lari". Se dalam mana cacing nak
menyorok di dalam tanah???
Ingatlah bahawa SPRM lah tinggalnya satu-satunya badan
penguatkuasa yang menjadi harapan rakyat untuk keadilan dilaksanakan dalam kes
1MDB ini setelah pihak-pihak yang lain samada "kecut perut" atau
menjadi pengkhianat keadilan.
Rakyat tidak sabar
lagi untuk menyaksi penghujung cerita melodrama 1MDB ini. Ganjaran yang
menunggu selepas kiamat nanti amat besar sekali. Bersatulah demi kebaikan
masadepan negara ini. Jangan berpecah dek "nak berebut harta perang".
Jangan lupa peristiwa Perang Uhud!!!
LAIN-LAIN PENJAWAT AWAM.
Kepada lain-lain penjawat awam termasuklah PDRM, ATM, Kastam
Di Raja Malaysia dan pegawai/staf kedutaan/suruhanjaya tinggi Malaysia di
luarnegeri, khususnya mereka yang mempunyai maklumat tentang salahlaku
"perompak-perompak"1MDB ini, saya menyeru agar mereka semua berani
berdiri dan tampil ke depan untuk menyumbang maklumat.
Kepada yang MUSLIM eloklah bermuhasabah diri masing-masing.
Hayatilah isi kandungan pelbagai khutbah solat jumaat yang dibaca oleh khatib
berkaitan dengan amanah dan integriti.
Memanglah berat tanggungjawab yang kita pikul sebagai
penjawat awam. Tetapi yakinlah kepada kuasa Allah SWT. Berani kerana benar.
Tampillah ke hadapan untuk mendedahkan segala kemungkaran
yang berlaku depan mata.
Seruan ikhlas ini khas saya tujukan kepada pegawai-pegawai
agensi perisikan ATM dan Cawangan Khas yang mempunyai maklumat salahlaku
"perompak" 1MDB ini.
Jangan bersubahat kerana padah yang menanti kemudian hari
amat buruk sekali.
Tidak lupa juga
kepada pegawai-pegawai TUDM yang menjadi crew jet-jet rasmi kerajaan yang tahu
tentang bagaimana pembaziran dilakukan oleh VVIP kita.
Rakyat jelata berikat
perut untuk berjimat tetapi pemimpin negara seronok membazir wang kerajaan.
Begitu juga dengan
para pegawai kastam yang menyaksikan bagaimana barangan mewah bernilai jutaan
ringgit yang dibeli oleh Datin Sri Rosmah Mansor "diseludup" masuk
dan diyakini tidak dikenakan cukai samasekali.
Amat menghairankan bagaimana seorang isteri kepada Perdana
Menteri yang hanya seorang yang bertaraf surirumah mampu berbelanja sebegitu
mewah.
Dari mana puncanya wang yang dibelanjakan itu???
Tidak ketinggalan
juga seruan saya ini ditujukan kepada pegawai/staf di misi-misi luarnegeri yang
menjadi mangsa herdikan seperti hamba abdi oleh VVIP dan ahli keluarga mereka
dalam urusan pembungkusan/pengiriman balik barangan mewah yang
"dibeliborong" oleh mereka.
Ingatlah tentang tanggungjawab kita untuk menghentikan
perbuatan mungkar manusia-manusia rakus ini.....sudah puas berbelanja barangan
mewah dengan duit kotor.....cukaipun diyakini tidak dibayar.
Ingat ye......apakah
yang hendak kita jawab di hari akhirat nanti??? Ketika mati nanti jasad kita
hanya dikafankan dengan kain putih yang tidak se mahal mana.
Tiada Harley Davidson atau beg tangan Birkin yang akan
dibekalkan bersama kita di liang lahat. Macamana nak bersiar-siar dan
bershopping sakan dalam kubur yang sebegitu sempit itu nanti!!!Sekian. Ini saja
yang hendak saya tuliskan buat ketika ini. Saya akan terus berusaha mendedahkan
kemungkaran oleh para pemimpin yang menyeleweng ini demi pertiwi tercinta.
Salam hormat dan salam perjuangan,
ABDUL HAMID BADOR.
1 OKT 2015.
Behaving like a moronic uncivilized barbarian just makes things worst..
" What..you think this is your grandfather's road?
Can park anywhere you like?
And throw a tantrum like you own the road?
All you managed to do is to disgrace your self and upbringing .
What a Moron !"
This has nothing to do with RACE,just so happens,the enforcement official is of a certain ethnicity.
Uncivilized barbarians like these are all over the world not restricted to Malaysia...gangster mentality like this,,same same lah, not that haven't seen before, in Malaysia,whether CHinese ka ,Indian ka, Malay ka..whats the difference?
Biadap is Biadap..apa saja bangsa..sama juga.
Ta ada beza!
There are saints and demons across all ethnicities and nationalities...
Like this title on You Tube about this video for example..Adui..
Is a Title like that necessary ?
A prick is a prick ,whatever his ethnicity or even nationality...
Biadap is Biadap..apa saja bangsa..sama juga..ta ada beza!
There are saints and demons across all ethnicities and nationalities...